“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu sedang mereka mengenai (salahnya perbuatan yang demikian).” (al-Baqarah: 146)
Pada suatu hari, al-Hashin ibn Salam duduk sambil membaca Taurat, Perjanjian Lama, kitab suci kaum Yahudi. Ia termasuk salah seorang pemuka agama Yahudi dari Bani Qaynuqa yang tinggal di bahagian timur Madinah.
Posted by AnisahOmar on Wednesday, March 13 @ 21:48:35 MYT (902 reads)
Seterusnya.. | 22003 bytes more | comments? | Score: 0)
Pameo klasik yang mengatakan bahwa ‘mencari yang haram saja sulit, apalagi yang halal’ jelas merupakan sebuah alasan yang klise dan absurd, meski realitanya demikian. Sesungguhnya mata pencaharian itu sangat banyak ragamnya. Selama ia merupakan sesuatu yang halal, baik, dan tidak melanggar ketentuan syariat, maka ia adalah pekerjaan yang diberkahi.
Seorang muslim boleh melakukannya. Apabila pekerjaan tersebut berupa sebuah kemaksiatan, kemungkaran, kezaliman, kecurangan, penipuan, atau pelanggaran terhadap ketentuan-ketentuan umum syariat, maka ia adalah pekerjaan yang haram, meskipun menghasilkan harta kekayaan dalam jumlah yang banyak. Seorang muslim wajib menjauhi dan meninggalkannya. Rizki Allah di muka bumi ini sangatlah luas, maka janganlah kita mudah berputus ada dari-Nya, tetaplah berpegang teguh dan memohon petunjuk-Nya, semoga kita terhindar dari segala bentuk fitnah yang makin merajalela diakhr jaman ini.
Posted by AnisahOmar on Wednesday, February 13 @ 00:22:02 MYT (2036 reads)
Seterusnya.. | 9322 bytes more | comments? | Score: 0)
Saya percaya, ramai kaum wanita yang marah dengan tajuk perbincangan saya kali ini. Marahlah!! Kenyataan saya ini adalah satu hakikat. Kenapa? Sebab terlalu ramai wanita kini, tak kira remaja atau dewasa, dara atau isteri orang ataupun janda, selalu tampil dalam pakaian yang bertelanjang. Apa maksud pakaian yang bertelanjang? Saya yakin, ramai yang faham maksud saya.
Ya!! Berpakaian tetapi dalam masa yang sama mendedahkan anggota badan yang tidak patut didedahkan. Jika dulu sekadar kain belah, berpakaian kain singkat setinggi paras lutut atau memakai pakaian yang berlengan pendek hingga menampakkan lengan atau ketiak. Kini, pakaian yang dikatakan mengikut fesyen terkini hampir menelanjangkan kaum wanita yang memakainya. Dah banyak kes sebegini yang saya jumpa."
Posted by anisahomar on Sunday, January 06 @ 21:03:38 MYT (1385 reads)
Seterusnya.. | 5680 bytes more | comments? | Score: 0)
Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.
Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya
Posted by Nabila on Monday, April 09 @ 13:39:50 MYT (3694 reads)
Seterusnya.. | 3698 bytes more | comments? | Score: 5)
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
Posted by Nabila on Tuesday, March 13 @ 16:48:38 MYT (483 reads)
Seterusnya.. | 7692 bytes more | comments? | Score: 5)
Apa yang istimewanya tarikh 18 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun korang, tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day).
Kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Untuk info lebih lanjut berkenaan dengan sejarah Hari Wanita ni boleh la rujuk entri aku Selamat Hari Wanita Sedunia 2011.
Posted by Nabila on Friday, March 09 @ 18:33:40 MYT (404 reads)
Seterusnya.. | 2511 bytes more | comments? | Score: 0)
Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun semua tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day). Yang kelakarnya walaupun saya wanita tapi tak tahu langsung hari ini adalah Hari Wanita.
Posted by Nabila on Friday, March 09 @ 18:24:59 MYT (278 reads)
Seterusnya.. | 2794 bytes more | comments? | Score: 5)
SEMUANYA mereka telah lakukan, berjimat cermat, mengikat perut, menukar gaya hidup, mengurangkan perbelanjaan sekolah anak-anak dan sebagainya. Namun, ia tidak membantu mengurangkan beban kewangan golongan ini.
Walaupun langkah berjimat-cermat dilakukan, tetapi bagi golongan yang berpendapatan rendah, ia masih tidak dapat membantu meringankan beban kewangan mereka yang semakin terhimpit.
Akibat lonjakan harga barangan keperluan, hidup yang sudah sedia terhimpit sebelum ini semakin tertekan. Hakikat ini diakui sendiri oleh seorang penjaja makanan ringan, Saroja Supriamaniam, 42.
Bapa kepada lima anak yang ditemui di kawasan perumahan kos rendah, Flat Seri Selangor di Jalan San Peng, Kuala Lumpur mengakui begitu terhimpit dengan anak-anaknya yang masih bersekolah.
Posted by Nabila on Tuesday, February 28 @ 20:00:00 MYT (501 reads)
Seterusnya.. | 5520 bytes more | comments? | Score: 0)
Sepatutnya masyarakat manusia tidak hidup nafsi nafsi, berkrisis dan huru hara.Sebab sudah menjadi keperluan hidup manusia saling bertolong bantu dan perlu memerlukan.Seorang itu tidak boleh sempurna hidupnya tanpa orang lain.Pada orang lain ada keperluan untuk dirinya. Jadi sepatutnya dia menjaga hubungan baik dengan orang lain. Sebab di situ ada keperluan untuk dirinya.
Ertinya, berkasih sayang antara manusia itu, selain merupakan keperluan batiniah insan, sebenarnya ia adalah keperluan kehidupan lahiriahnya juga. Kalau tidak berbaik baik dengan orang lain, manusia akan hidup keseorangan dengan bermacam macam masaalah. Contoh nya:
Posted by Nabila on Tuesday, February 28 @ 08:00:00 MYT (420 reads)
Seterusnya.. | 9953 bytes more | comments? | Score: 0)
Kita biasanya mudah menerima nasihat doktor untuk makan ubat. Malah jika disuruh berpantang dari menyentuh makanan kegemaran kita pun kita akur. Bila diminta datang untuk menyambung rawatan, kita datang pada hari dan waktu yang ditetapkan dengan rela. Doktor akan berpuas hati kerana kita menaruh keyakinan pada dirinya dan ubat yang diberi. Dia berasa senang untuk terus memberi khidmatnya.
Begitulah gambarannya dalam rumah tangga. Jika suami sebagai ketua keluarga ditaati dan dipatuhi dengan penuh rela oleh isteri dan anak- anak, dia akan berasa senang dan puas, serta lebih berkeyakinan untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Namun dalam realiti hari ini, tidak semua rumah tangga yang diwarnai suasana ketaatan sebegitu. Malah sering berlaku, isteri dan anak-anak sukar untuk akur dan pantang ditegur. Hingga ada kalanya ketaatan isteri terhadap suami hanya berwaktu. Iaitu bila `mood' tengah baik. Tapi waktu `bad mood'...sorry!
Posted by Nabila on Monday, February 27 @ 08:00:00 MYT (300 reads)
Seterusnya.. | 9481 bytes more | comments? | Score: 0)
PoLL sELiDik
LOg MaSUk
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
iKiM.fM
Radio IKIM.fm LIVE
Klik 'start' untuk mulakan. Mungkin anda terpaksa tunggu sekejap untuk online.